Search

Loading...
Monday, May 04, 2009

PostHeaderIcon Saya Telah Berpindah

Assalammualaikum,

Kepada semua sahabat-sahabat sekalian, adalah dimaklumkan bahawa laman blog ini tidak akan lagi diupdate.. saya telah berpindah ke laman web saya yang baru www.abinajwan.com.

Kita jumpa disana...
Thursday, April 16, 2009

PostHeaderIcon Study Barakah:Ta'lim Muta'lim Siri 1


Assalammualaikum,
Jika ditanyakan kepada saya, apakah sarjana Islam lampau mempunyai teknik belajar? Tanpa ragu-ragu akan saya katakan Ya!Malah pada pandangan saya sarjana Islam merupakan golongan pertama yang menyusun tips-tips teknik belajar yang sistematik misalnya buku motivasi kurun ke 14 yang dikarang oleh Imam Azzarnuji iaitu Ta'lim Muta'lim Toriq at-Ta'lum (Mengajar Pelajar Teknik Belajar)

Karya unggul ini masih dipakai di pondok-pondok dan pasentran-pasentran di alam tanah melayu sebagai sebahagian dari silibus mereka. Kandungannya yang sarat dengan tips-tips belajar yang tulen dari khazanah Islam dan tidak terpengaruh dengan pandangan barat telah memberikan

saya inspirasi tentang bagaimanakah sebenarnya teknik belajar islam yang telah melahirkan ramai sarjana Islam yang terkemuka di masa lampau.

Malah penulis buku ini sememangnya berhasrat agar bukunya dijadikan panduan dalam memahami teknik belajar yang betul agar ilmu itu bukan sahaja dapat difahami tetapi dapat diamalkan.Seperti yang diungkap oleh Imam Azzarnuji dalam Muqaddimah bukunya

Maka setelah saya amati banyak sekali pelajar pada generasi saya,ternyata mereka banyak mendapatkan ilmu tetapi tidak bisa memetik kemanfaatan dan buahnya, yaitu mengamalkan dan menyiarkannya. Hal ini disebabkan oleh kesalahan mereka dalam kaedah menuntut ilmu dan kerana meninggalkan syarat-syaratnya


Nah, inilah maksud sebenar buku motivasi ini ditulis, untuk memastikan ilmu yang didapati benar-benar melekat didada dan dapat diamalkan berbanding sifat motivasi zaman sekarang yang lebih menekankan soal cemerlang dalam peperiksaan dan melupakan peri pentingnya mengamalkan ilmu tersebut.

Pengalaman saya yang terdedah dalam bidang motivasi telah membawa saya kepada pembacaan yang yang banyak terhadap buku-buku motivasi yang ada dipasaran kebanyakannya akan memulakan tajuk utama dengan meletakkan Kaedah Menetapkan Matlamat dan diakhiri kaedah menghadapi Peperiksaan.Ini kerana kebanyakan buku-buku tersebut menjadikan kejayaan dalam peperiksaan sebagai matlamat akhir.

Ini amat berbeza dengan buku Ta'lim Muta'lim yang memulakan bicaranya dengan pemahaman hakikat kepentingan ilmu dalam kehidupan dan peri pentingnya ilmu disisi agama sebelum mengulas pula teknik-teknik belajar dan mengakhirinya dengan tips-tips mengukuhkan amalan kerohanian dikalangan para pelajar. Pada pandangan saya penulis buku ini,amat-amat menekankan hubungan dengan pemberi Ilmu iaitu Allah dalam memperoleh keberkatan dan ilmu yang bermanfaat. Terdapat lagi perbezaan teknik belajar dalam buku ini yang berbeda dengan apa yang saya baca dari buku-buku motivasi yang lain contohnya soal study smart yang sedikit berlainan dengan teknik Imam Azzarnuji yang saya sifatkan sebagai "Study Barakah"

InsyaAllah, dimasa akan datang saya akan cuba ulas lebih lanjut..

Wallahualam